Tentang Naurah Care Malaysia

Mari bersama kami menyelusuri jalan perjuangan menerusi Misi Kemanusiaan Naurah Care Malaysia (PPM-002-14-04042020)

Naurah Care – Sebuah Perjalanan

Sebelum diwujudkan NGO Pertubuhan Misi Kemanusiaan Naurah Care Malaysia, pergerakan aktiviti Naurah Care digerakkan di bawah pengendalian Syarikat Naurah Tour & Services Sdn. Bhd. Pengasas dan Pengendali Naurah Care Malaysia sebelum ini banyak bekerjasama dengan beberapa NGO dalam pelbagai aktiviti kemanusiaan termasuk membawa masuk barangan produk dari Palestin dan Timur Tengah.

Usaha Diteruskan Semasa COVID-19

Ketika negara dilanda musibah Covid 19, misi bantuan makanan dan keperluan menjadi lebih serius dan atas dasar keprihatinan maka Pertubuhan Misi Kemanusiaan Naurah Care Malaysia telah ditubuhkan dengan nombor pendaftaran: PPM-002-14-04042020 untuk menjalankan misi bantuan kemanusiaan dan pendidikan melalui sumbangan buku Iqra’ Bacalah kepada golongan asnaf dan B40 di serata tanah air.

Selain daripada misi bantuan makanan, pendidikan, perubatan dan misi banjir di dalam negara, Naurah Care juga aktif dengan misi kemanusiaan ke luar negara seperti Indonesia, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Syria, Palestin dan banyak lagi.

Latar Belakang

  • Pertubuhan Misi Kemanusiaan Naurah Care Malaysia sedar kami mempunyai peranan yang besar di dalam mendidik masyarakat yang prihatin dan menanam semangat kesukarelawan.
  • Ia juga sebagai medium dalam membentuk sahsiah khasnya generasi muda yang mempunyai nilai kemanusiaan dengan merasai kesusahan orang lain seperti kesusahan diri sendiri.
  • Pendidikan ini memerlukan perlaksanaan atau praktikal dengan sentiasa turun padang melihat sendiri kesusahan orang lain samada di dalam negara atau di luar negara.
  • Makanya kami sedang berusaha meramaikan sukarelawan anak muda di peringkat Sekolah Menengah & Universiti.
  • NGO Misi Kemanusiaan Naurah Care Malaysia mempunyai AJK dan Sukarelawan yang mempunyai pengalaman dalam pengendalian Misi Kemanusiaan.

Visi Kami

Memberikan Cahaya “Naurah” kepada mereka yang memerlukan. Selain itu kami terus memperkasakan Organisasi menjadi sebuah Organisasi yang kukuh dan berkesan di tengah masyarakat samada di dalam atau luar negara.

Misi Kami

  • Menjadi salah satu daripada 10 NGO yang dapat membawa program kemanusian mengikut hukum Syarak secara menyeluruh di negara-negara ASEAN dan Islam di dunina menjelang 2030.
  • Melaksana dan mengekalkan program-program yang dapat memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 1,000,000 umat Islam terutama mereka yang berada di negara-negara yang memerlukan.

Matlamat Kami

  • Memperluaskan Misi Kemanusiaan di dalam & luar negara.
  • Membantu sesama agama @ membantu sesama manusia adalah intipati NGO ini.
  • Mengumpul Dana & mengembangkan Dana yang ada dengan aktiviti perniagaan melalui NGO ini. Hasil keuntungan akan di salurkan semula ke Misi yang akan di laksanakan.
  • Menjadikan Misi Tahunan paling kurang 3 misi setiap tahun.
  • Membantu Kerajaan atau Agensi di bawahnya dalam menyampaikan bantuan.
  • Memberikan Cahaya (Naurah) kepada mereka yang memerlukan.
  • Melahirkan lebih ramai masyarakat penyayang dan sensitif di atas kesusahan dan kepayahan orang lain.
  • Mewujudkan pelbagai Misi baru bagi memenuhi permintaan semasa samada di dalam @ di luar negara.

Dokumen Pendaftaran Rasmi Naurah Care Malaysia

Sijil Pendaftaran

Surat Kelulusan

Carta Organisasi Naurah Care Malaysia

AJK Tertinggi

SHEIK AHMAD FAKHRUDDIN BIN SH ABD RAHIM

PENGERUSI
EXCO KEWANGAN, R&D DAN PENJENAMAAN

MUZAFAR BIN ABD RAHIM

TIMBALAN PENGERUSI
EXCO PERHUBUNGAN KORPORAT, PENGURUSAN DAN PROGRAM

AZMAN BIN MOHD RADZI

SETIAUSAHA KERJA
EXCO PENTADBIRAN DAN PEJABAT

NUR ASHIDAWATI BINTI RASHID

SETIAUSAHA
EXCO PENDIDIKAN DAN PENERBITAN

SHAFAHIRA BINTI HAIR AZMAN

BENDAHARI
EXCO PENGELUARAN DAN PEMASARAN

EXCO

NOOR HILALI BINTI HUSSAIN

EXCO DATABASE DAN HAL EHWAL PRODUK

NORIZAH BINTI NORDIN

EXCO PERHUBUNGAN AWAM DAN PENGISIAN PROGRAM

KAMEL HADDOU

EXCO PROJEK KHAS IQRA AI

MOHTAR BIN HAMID

EXCO LOGISTIK DAN PENGANGKUTAN

ABDUL MUTHALIB BIN BAKAR

EXCO KEBAJIKAN & SUKARELAWAN

Kemuncak Perjuangan – Buku IQRA’ Bacalah

Kempen Sifar Buta Huruf Al-Quran

NAURAH CARE MALAYSIA giat menjalankan kempen 1 RUMAH 1 IQRA’ BACALAH sebagai salah satu usaha untuk menjayakan misi SIFAR BUTA HURUf AL QURAN untuk rakyat Malaysia dan negara jiran seperti Thailand, Kemboja dan Vietnam.

Buku IQRA’ BACALAH adalah produk terbitan Naurah Care sendiri dan telah mandapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Menuju Masa Depan Dengan Teknologi

Dari sebuah buku kami akan datangkan kepada ummah satu saluran aplikasi pintar yang pasti memberi impak dinamik kepada ummah.