Naurah Care – Sebuah Perjalanan

Sebelum diwujudkan NGO Pertubuhan Misi Kemanusiaan Naurah Care Malaysia, pergerakan aktiviti Naurah Care digerakkan di bawah pengendalian Syarikat Naurah Tour & Services Sdn. Bhd. Pengasas dan Pengendali Naurah Care Malaysia sebelum ini banyak bekerjasama dengan beberapa NGO dalam pelbagai aktiviti kemanusiaan termasuk membawa masuk barangan produk dari Palestin dan Timur Tengah.

Usaha Diteruskan Semasa COVID-19

Ketika negara dilanda musibah Covid 19, misi bantuan makanan dan
keperluan menjadi lebih serius dan atas dasar keprihatinan maka
Pertubuhan Misi Kemanusiaan Naurah Care Malaysia telah ditubuhkan
dengan nombor pendaftaran: PPM-002-14-04042020 untuk menjalan misi bantuan kemanusiaan dan pendidikan melalui sumbangan buku Iqra’
Bacalah kepada golongan asnaf dan B40 di serata tanah air.

Selain daripada misi bantuan makanan, pendidikan, perubatan dan misi
banjir di dalam negara, Naurah Care juga aktif dengan misi kemanusiaan ke
luar negara seperti Indonesia, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Syria, Palestin
dan banyak lagi.

IQRA’ BACALAH NAURAH CARE MALAYSIA

MISI KORBAN NAURAH CARE MALAYSIA

PROGRAM NAURAH CARE

Kemuncak Perjuangan - Buku IQRA' Bacalah

Kempen Sifar Buta Huruf Al-Quran

NAURAH CARE MALAYSIA giat menjalankan kempen 1 RUMAH 1 IQRA’ BACALAH sebagai salah satu usaha untuk menjayakan misi SIFAR BUTA HURUf AL QURAN untuk rakyat Malaysia dan negara jiran seperti Thailand, Kemboja dan Vietnam.

Buku IQRA’ BACALAH adalah produk terbitan Naurah Care sendiri dan telah mandapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Menuju Masa Depan Dengan Teknologi

Dari sebuah buku kami akan datangkan kepada ummah satu saluran aplikasi pintar yang pasti memberi impak dinamik kepada ummah.